Thursday 19 April 2012

ikan pekasam

ikan puyu yang aku pancing kat parit depan rumah aku, memang besar2 ikan ni, hampir sebesar tapak tangan aku. kalau masak gulai dengan keledek memang sedap. hari2 aku pancing dah tak larat nak masak lagi, gulai dah, masak lemak cili api dah, masak cabai dah, goreng pun dah. dah tak ada resepi lain lagi selain dari dari yang aku sebut tadim jadi ikan puyu  yang aku pancing buat pekasam la pulak. sedap juga pekasam yang aku buat, aku ambik dari internet, terima kasih pada yang tak lokek bagi resepi pekasam, mai aku pula bagi kat hampa resepi pekasam ni, aku modified sikit, tu yang bertambah sedap, tak berapa masin pekasam aku,

1 kilo ikan puyu
4 camca makan garam (atau 3/4 cawan) - bahagi 2 - separuh untuk digaramkan separuh lagi untuk dicampurkan dengan beras tumbuk
4 keping asam keping
1 mangkuk beras goreng hingga brown kemudian blend halus
 sedikit air suam

basuh puyu hingga hilang hanyir dan betul2 bersih, setelah kisar dengan garam dan asam, aku rendam dengan cuka+air selama sejam. boleh juga perap dengan tepung gandum kalau tak mau guna cuka.
garam kan semalaman bersama asam keping.
air suam + garam yang baki tu. lalu diadun dengan beras halus tadi agak2lah jangan terlalu pekat dan cair, salut lah semua ikan puyu2 tu, peram selama 2-3 hari, hingga ia berbau macam pekasam lah kan. lepas tu simpan dalam peti ais, sekian lah saja resepi ku ini. Kalau kita buat sendiri memang dijamin bersih dan suci.


ikan terubui @ terubul

Ini ialah ikan terubui yang kaknab pancing, ikan ni kalau dapat angkat atas je, xsampai setengah jam terus mati, wpun di dalam bekas yang ada air, memang tak tahan lasak dia, tak macam ikan puyu, Kalau ada ikan ni dalam parit, kalau memancing memang sah lah takkan dapat ikan puyu, sebab ikan ni suka makan umpan, memang terre dia nyonyot umpan, kadang2 umpan abis dia tak lekat kat kail pun. tapi ikan ni memang sedap, lagi sedap dari tilapia atau puyu.

Sunday 1 April 2012

siput kupang

Siput kupang/sudu  yang aku beli. Semasa aku memancing lalu sebuah motosikal, tengok aku memancing, aku tanya dia juai apa, tong besaq kat moto. dia kata siput, lalu aku beli rm6. ada pun banyak tu saja. besaq siputnya. aku memang suka siput ni, rezeki lah tu, memang lama tak makan siput ni sebab jarang2 orang jual. kalau balik muar, kampung suami, memang selalu beli, sana banyak orang jual.



Balik rumah, aku kopek isinya, aku memang tak suka rebus dulu sebab nanti kurang manis, kalau kita kopek rasa nya lebih sedap, tapi orang jarang kopek terus rebus dan ambik isinya, mudah je. rasa kurang emmmmph lah. bila sudah siap disiang aku pun masak sambal tumis.