Thursday 19 April 2012

ikan pekasam

ikan puyu yang aku pancing kat parit depan rumah aku, memang besar2 ikan ni, hampir sebesar tapak tangan aku. kalau masak gulai dengan keledek memang sedap. hari2 aku pancing dah tak larat nak masak lagi, gulai dah, masak lemak cili api dah, masak cabai dah, goreng pun dah. dah tak ada resepi lain lagi selain dari dari yang aku sebut tadim jadi ikan puyu  yang aku pancing buat pekasam la pulak. sedap juga pekasam yang aku buat, aku ambik dari internet, terima kasih pada yang tak lokek bagi resepi pekasam, mai aku pula bagi kat hampa resepi pekasam ni, aku modified sikit, tu yang bertambah sedap, tak berapa masin pekasam aku,

1 kilo ikan puyu
4 camca makan garam (atau 3/4 cawan) - bahagi 2 - separuh untuk digaramkan separuh lagi untuk dicampurkan dengan beras tumbuk
4 keping asam keping
1 mangkuk beras goreng hingga brown kemudian blend halus
 sedikit air suam

basuh puyu hingga hilang hanyir dan betul2 bersih, setelah kisar dengan garam dan asam, aku rendam dengan cuka+air selama sejam. boleh juga perap dengan tepung gandum kalau tak mau guna cuka.
garam kan semalaman bersama asam keping.
air suam + garam yang baki tu. lalu diadun dengan beras halus tadi agak2lah jangan terlalu pekat dan cair, salut lah semua ikan puyu2 tu, peram selama 2-3 hari, hingga ia berbau macam pekasam lah kan. lepas tu simpan dalam peti ais, sekian lah saja resepi ku ini. Kalau kita buat sendiri memang dijamin bersih dan suci.


ikan terubui @ terubul

Ini ialah ikan terubui yang kaknab pancing, ikan ni kalau dapat angkat atas je, xsampai setengah jam terus mati, wpun di dalam bekas yang ada air, memang tak tahan lasak dia, tak macam ikan puyu, Kalau ada ikan ni dalam parit, kalau memancing memang sah lah takkan dapat ikan puyu, sebab ikan ni suka makan umpan, memang terre dia nyonyot umpan, kadang2 umpan abis dia tak lekat kat kail pun. tapi ikan ni memang sedap, lagi sedap dari tilapia atau puyu.

Sunday 1 April 2012

siput kupang

Siput kupang/sudu  yang aku beli. Semasa aku memancing lalu sebuah motosikal, tengok aku memancing, aku tanya dia juai apa, tong besaq kat moto. dia kata siput, lalu aku beli rm6. ada pun banyak tu saja. besaq siputnya. aku memang suka siput ni, rezeki lah tu, memang lama tak makan siput ni sebab jarang2 orang jual. kalau balik muar, kampung suami, memang selalu beli, sana banyak orang jual.



Balik rumah, aku kopek isinya, aku memang tak suka rebus dulu sebab nanti kurang manis, kalau kita kopek rasa nya lebih sedap, tapi orang jarang kopek terus rebus dan ambik isinya, mudah je. rasa kurang emmmmph lah. bila sudah siap disiang aku pun masak sambal tumis.

Saturday 3 March 2012

IKAN TILAPIA

Nama tempatan tilapia atau Oreochromis mossambicus merupakan jenis ikan air tawar, bentuk badan pipih dengan warna kelabu, merah atau hitam. Ikan ini berasal dari perairan Afrika Jenis ikan ini mempunyai kecepatan pertumbuhan yang relatif lebih cepat, tetapi setelah dewasa percepatan pertumbuhannya akan menurun. Panjang total maksimum yang dapat dicapai ikan tilapia adalah 40 cm.

 hari ini kaknab memancing dapat sekor ikan tilapia. cantik dengan ekor yang kembang kolor kebirubiruan.


Tuesday 28 February 2012

SELAYANG/SADIN/CURUT

Indian scad

Decapterus russelli - selayang/sadin/curut macam macam orang panggil. Dari family SCAD. Rasanya yang lemak2 memang sedap dibuat kuah laksa. Goreng pun sodap.

BELANAK ANDING/KEDERA

Greenback mullet

Liza subviridis - belanak anding atau kedera  ia boleh membesar hingga 25 cm. ikan dalam gambar ni dalam pun dalam 25 cm. memang besar, kaknab beli lebih kurang 10 ekor satu kilo. sedap goreng makan panas2.

IKAN AYA/KAYU HITAM

Mackerel tuna

Euthynnus affinis - aya atau kayu hitam. Ikan ni memang sedap, isinya yang padat. selalunya orang masak lemak cili/cabai/lada dimakan  dengan nasi dagang. oooooooh sedapnya.

Monday 27 February 2012

Ikan kacang kacang

Blackfin barracuda

Sphyraena qenie -   ikan kacang kacang atau aji-aji, Ikan ni isinya lembut dan manis. kalau masak kari atau asam pedas tumis, tak perlu masak lama, bila gulai mendidih, masuk saja isi ikan ni, biar sekejap terus angkat, jangan lama2 nanti isinya hancur. ini ialah kaknab punya favourite, kalau beli masak kari penang lah jawabnya.

Ikan baji

Bartail flathead

Platycephalus indicus -  ikan baji, pernah makan ikan ni? kalau belum pernah, boleh cuba, masak kari atau asam pedas tumis memang sedap. sekarang ni dah ada harga ikan ni, tadi (tengok tarikh) kaknab tanya sekilo rm6/- kalau dulu rm3 saja.

ikan temenum@kembong

Short mackerel - Rastrelliger brachysomaikan 

temenum atau kembong, memang murah kat bukit mertajam, masak apa pun sedap, asam pedas tumis, gulai kari, pindang atau panggang. kalau kena yang segar buat kuah laksa memang terangkat, dengan lemak dan manis, buat kuah laksa paling enak. hari ni (tengok tarikh gambar) kaknab beli sekilo rm3 saja. ikan segar, biru matanya. rasa macam tak mau pindah tempat lain, nak tinggal di bukit mertajam saja, ikan, sayur, ulam2 semua murah2.

ikan kerisi

Forktailed threadfin bream

Nemipterus furcosus
MALAY: Kerisi merah ros
HOKKIEN: Ang nee
CANTONESE: Hoong seen
SIZE: 24cm (max); 18cm (common)
REMARKS: Also called Rosy threadfin bream.

Sunday 19 February 2012

YAT-YAT @ MOLE CRAB @ SAND FLEA

Pernahkah anda tengok yat-yat atau in English mole crab atau sand flea. Ia dari keturunan ketam,
berwarna kelabu atau putih, mngikut persekitarannya. Tinggal
di dalam pasir, kalau tak korek pasir, memang tak kelihatan yat yat ni. Kalau anda mencari
siput remis anda boleh berjumpa yat yat ini. Dulu masa kaknab
kecil, kaknab tinggal di Tanjung Tokong, yat yat ini memang banyak, tapi kini, disebabkan
pembangunan, habis laut ditambun untuk membuat rumah, 
semua siput remis dan yat yat telah lari berhijrah ke tempat lain, nak dapat sekor pun
susah sekarang. Tetapi masa kaknab pergi melancung ke Pangkor,
yat yat dan siput remis memang masih banyak lagi di dalam pasir. Sekali korek boleh
dapat 3-4 ekor remis, kalau ada yat yat kena tangkap cepat cepat, kerana yat yat
ni cepat menghilangkan dirinya dengan mengorek pasir.
apa rasa yat ni? Wow sedapnya tak terkata, lebih sedap dari ketam atau
udang, macam mana pula nak masak yat ni, mudah je, boleh rebus dengan serai,
tumis air pun boleh,  nak masak lemak cili api pun sedap, macam udang atau ketam kalau masak yat ni pun akan bertukar warna merah kulitnyha.kecur air liur kaknab
teringat sedapnya yat ni. tak tahu lah tempat lain panggil
apa yat ni, mungkin panggil lain agaknya.







Saturday 18 February 2012

IKAN SELUMBU

ini ialah ikan selumbu, ikan ini jarang jarang ada jual kat market, kira ikan ini jenis lama lah, kalau dulu kaknab kecik2 memang hari2 ada kat market, macam ikan kembong dan pelata. Ini pun kebetulan kaknab terjumpa jual terus je beli, ikan ini isinya lembut, manis dan lemak. kalau masak kari, bila kuah mendidih, masuk sekejap je, jangan lama nanti isinya hancur.  harga pun boleh tahan, ni kaknab beli sekilo rm20/-