Sunday, 19 February 2012

YAT-YAT @ MOLE CRAB @ SAND FLEA

Pernahkah anda tengok yat-yat atau in English mole crab atau sand flea. Ia dari keturunan ketam,
berwarna kelabu atau putih, mngikut persekitarannya. Tinggal
di dalam pasir, kalau tak korek pasir, memang tak kelihatan yat yat ni. Kalau anda mencari
siput remis anda boleh berjumpa yat yat ini. Dulu masa kaknab
kecil, kaknab tinggal di Tanjung Tokong, yat yat ini memang banyak, tapi kini, disebabkan
pembangunan, habis laut ditambun untuk membuat rumah, 
semua siput remis dan yat yat telah lari berhijrah ke tempat lain, nak dapat sekor pun
susah sekarang. Tetapi masa kaknab pergi melancung ke Pangkor,
yat yat dan siput remis memang masih banyak lagi di dalam pasir. Sekali korek boleh
dapat 3-4 ekor remis, kalau ada yat yat kena tangkap cepat cepat, kerana yat yat
ni cepat menghilangkan dirinya dengan mengorek pasir.
apa rasa yat ni? Wow sedapnya tak terkata, lebih sedap dari ketam atau
udang, macam mana pula nak masak yat ni, mudah je, boleh rebus dengan serai,
tumis air pun boleh,  nak masak lemak cili api pun sedap, macam udang atau ketam kalau masak yat ni pun akan bertukar warna merah kulitnyha.kecur air liur kaknab
teringat sedapnya yat ni. tak tahu lah tempat lain panggil
apa yat ni, mungkin panggil lain agaknya.







3 comments:

  1. Mcm best...
    gigit org tak spesis ni?

    ReplyDelete
  2. Pernah tgk sahabat makan hidup2 yat2 ni.. Tp sy x berkesempatan keluat mencari yat2 mmg di Pangkor pun dah hampir pupus yat2 akibat pembangunan dan pencemaran air laut

    ReplyDelete
  3. Tahun baru Cina yang lepas saya berkesempatan ke Pulau Pangkor.. Yat-yat mungkin sedang musimnya.. banyak sungguh.. setiap kali ombak bergulung di pantai, 6pak puluhan ekor yat-yat turut serta tergulung dalam buih ombak...

    ReplyDelete